Kehidupan awal Zain_Hamid

Beliau dilahirkan pada 19 April 1978 dan berasal dari Kuala Lumpur. merupakan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge. Anak sulung dari tiga beradik lelaki ini pernah menghasilkan tiga buah album serta dua album bungkusan semula (re-pack) sewaktu bersama Ruffedge.

Zain mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya Khazmira Anuar pada 8 Ogos 2008, dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan, Arianna Rania pada 5 Mei 2009.[2] Namun jodoh mereka telah berakhir pada November 2014.